Monday, March 22, 2010

Golek Kambing untuk Reunion P'CES UiTMPP (penang civil engineering student society) 20 Mar 2010 , Tempat di R&R Bagan Ajam ,Butterworth

1 comment:

  1. Di jangka kehadiran pada malam itu seramai 100 orang, kata Syed, Beliau adalah orang yang bertanggung jawap membuat tempahan Kambing Golek niH!! pada mula Aku sampai dengan lenggang...di R&R tu, terus Syed menerpa ke arah Aku Bertanyakan Kambing Golek Yang ditempahnya."Mana Kambingnye Bang? soal Syed Pada Aku, Kambing dah terlepaslah tak sempat nak panggang...jawap Aku sambil bergurau. kawan-kawan dia yang berada di sekeliling pun ketawa dengan gurauan Aku itu,
    Namun Aku Pasti mereka semua tak sabar-sabar nak tengok Kambing Golek Utara yang Syed tempah. Selang 15 minit kemudian Van yang dipandu rakan setugas pun tiba dengan membawa Kambing Golek. Apa lagi!! semua pasang mata kat situ memerhatikan kami memunggah keluar semua persiapan Kambing Golek. Yang pasti mereka semua tak sabar-sabar nak lihat dan makan Kambing tu. Setelah rakan setugas siap melakukan kerja yang diberi, Aku pun membuka balutan Aluminum foil yang menutupi Kambing, terdegar satu suara dari kalangan mereka berkata, "oh dah masak dah, ingatkan belum masak lagi...Pada masa tu mereka pun terus mengambil Photo bersama dengan Kambing Golek. Macam artis lah pulak aku tengok kambing tu...nasib kambing tu tak boleh sign autograph, kalau tak mesti diaorang mintak sign punya...he he he. Apa pun terima kasih pada mereka kerana memilih KAMBING GOLEK UTARA sebagai hidangan istimewa mereka pada malam itu.

    ReplyDelete